
Personaliti Dan Persekitaran Kerjaya Holland
Minat Kerjaya Holland
Teori Pemilihan Kerjaya Holland diperkenalkan pada tahun 1959 dan telah dikemaskini pada tahun 1966, 1973, 1978,1985 dan 1996. Teori Holland dikenali sebagai teori pemilihan kerjaya Holland iaitu sempena namanya & juga turut dikenali sebai teori Tipologi Holland. Teori Pemilihan Kerjaya Holland merupakan hasil kajian Holland terhadap personaliti yang memfokus kepada tipologi dan banyak dipengaruhi oleh Tret dan Faktor. Teori ini dibentuk berasaskan andaian bahawa minat vokasional adalah satu daripada aspek personaliti dan oleh yang demikian deskripsi tentang minat individu juga menggambarkan personaliti seseorang.
Pemilihan pekerjaan merupakan penglahiran perlakuan yang mencerminkan motivasi, pengetahuan, personaliti dan kebolehan seseorang. Pekerjaan dapat mengambarkan cara hidup dan persekitaran, bukan semata-mata satu set fungsi kerja atau kemahiran yang berasingan. Sebagai contoh, bekerja sebagai seorang tukang kayu bukan sahaja bermaksud menggunakan alat-alat sahaja, tetapi ianya juga mewakili status tertentu, pernanan komuniti dan cara hidup yang khusus.
Holland telah memperkenalkan enam jenis personaliti dan persekitaran (RIASEC) terhadap sesuatu pekerjaan. Berikut adalah enam konstruk tersebut berserta contoh perkejaan yang bersesuaian:

Dalam konteks ini, Holland telah memperkenalkan enam jenis personaliti dan persekitaran (RIASEK) terhadap sesuatu pekerjaan. Berikut adalah enam konstruk tersebut berserta contoh perkejaan yang bersesuaian:
R=Realistik
I =Investigatif
A= Artistik
S=Sosial
E= Enterprising
K=Konvensional
Realistik
Personaliti realistik merujuk kepada Individu yang mempunyai kemahiran elektrik atau mekanikal. Orang seperti ini suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuhan dan binatang dan mereka lebih cenderung untuk bekerja di luar bangunan. Ciri-ciri yang dimiliki oleh mereka ialah kurang bersosial, akur, jujur, tulen, keras kepala, materialistik, keras hati dan sebagainya.
Sekiranya awak mempunyai personaliti seperti ini, kerjaya yang sesuai adalah mekanik, juruteknik, tukang kayu

_edited_edited.png)
_edited_edited.png)

Investigatif
Personaliti Investigatif merujuk kepada individu yang suka membuat pemerhatian, memperlajari, menyelidik, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan. Mereka mempunyai kemahiran saintifik dan matematik serta kerjaya bercorak teknikal. Individu yang investigatif mempunyai ciri-ciri analitikal, berhati-hati, kritikal, kompleks, ingin tahu dan rasional.
Kerjaya yang selaras adalah ahli sains, doktor, ahli kaji cuaca
Artistik
_edited_edited.png)
Personaliti artistik merujuk kepada individu yang mempunyai kebolehan kreatif dan inovatif. Selain itu, mereka mempunyai kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam situasi yang tidak atau kurang berstruktur. Mereka juga tidak selesa dengan kerja yang rutin atau berulang-ulang dan selalu menggunakan imaginasi dan kreativiti semasa melakukan kerja. Ciri-ciri yang mereka miliki ialah rumit, tunggang tebalik, emosional, ekspresif, idealistic, imaginatif dan cinta akan kebebasan.
Sekiranya mempunyai ciri-ciri artistik, kerjaya yang sesuai adalah pelukis, Penyair, Penyanyi

_edited_edited.png)
_edited_edited.png)
Sosial
_edited_edited.png)
Personaliti sosial merujuk kepada individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia, mereka berminat dalam memberitahu, menolong, melatih, mengubati dan membuat kebajikan kepada orang lain. Mereka juga mempunyai kemahiran mengguna kata-kata serta mahir berkomunikasi dengan orang lain. Ciri-ciri mereka adalah seperti berpengaruh, berkerjasama, sabar, peramah, pemurah, suka menolong, idealistic dan empati.
Kerjaya yang sesuai adalah guru, Kaunselor, Pegawai perhubungan

Enterprising
Individu enterprising suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia dan mempunyai minat dalam mempengaruhi, mengarah, memimpim, mengurus individu lain. Pandai dan mahir memanipulasi orang lain. Ciri-ciri mereka adala seperti sukakan pencapaian, suka mengembara, mudah bersetuju, bercita-cita tinggi, angkuh, bertenaga dan suka menunjuk kekuatan.
Kerjaya yang sesuai adalah usahawan, ahli perniagaan, peguam
_edited_edited.png)


Konvensional
Individu yang suka bekerja dengan data dan nombor dan mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian serta mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam menggunakan nombor. Hal ini bermaksud mereka dapat melakukan sesuatu dengan terperinci, akur dan mengikut arahan. Ciri-ciri mereka ialah berhati-hati, akur, teliti, defensif, cekap, sukar dilentur, memendam rasa, tabah hati, praktikal, cermat dan lain-lain.
Kerjaya yang sesuai dengan individu yang konvensional ialah akauntan, Kerani Bank, pengawai insurans

.png)