top of page

PENDIDIKAN   KERJAYA

Pendidikan kerjaya merupakan suatu pendekatan pendidikan yang bertujuan untuk membantu individu memahami dunia pekerjaan dan membuat keputusan yang lebih baik dalam memilih kerjaya atau pekerjaan yang sesuai dengan minat, bakat, nilai, dan keperluan peribadi mereka. Pendekatan ini bertumpu pada memberikan pelbagai jenis pengajaran, bimbingan, serta kaunseling kepada individu untuk membantu mereka mengenalpasti, merancang, dan memperoleh kemahiran serta pengetahuan yang diperlukan untuk memasuki pasaran kerja dengan keyakinan dan kefahaman yang kukuh.

image_edited.jpg

Bimbingan Kerjaya

Bimbingan Kerjaya merupakan satu proses pendidikan di mana maklumat-maklumat diberikan kepada seseorang individu supaya individu dapat bergerak maju secara positif ke hadapan.  Dalam konteks ini, individu tersebut akan mendapat bimbingan dan nasihat untuk membantu mereka dalam membuat penilaian dan pemilihan yang berkaitan dengan pendidikan, peluang pekerjaan serta pembangunan kerjaya. imbingan kerjaya bertujuan untuk membantu individu mengenali minat, bakat, kekuatan, dan kelemahan mereka, serta membantu mereka merancang langkah-langkah untuk mencapai matlamat kerjaya mereka.

career counseling 2.png
"Kaunseling kerjaya adalah suatu proses membantu individu untuk memahami dan menghayati diri mereka sendiri, menilai peluang pendidikan dan pekerjaan, memilih matlamat kerjaya, dan merancang perancangan kerjaya yang berkesan."
                                    -Frank Parson

Konsep Kaunseling Kerjaya

Kaunseling kerjaya adalah suatu proses yang melibatkan interaksi antara seorang kaunselor kerjaya atau pakar dalam kerjaya dengan individu yang mencari panduan dan bimbingan dalam merancang, mengembangkan, dan mengelola kerjaya mereka. Proses ini bertujuan untuk membantu individu mengenalpasti dan memahami diri mereka sendiri, termasuk personaliti, minat, kebolehan, nilai-nilai, kekuatan, kelemahan, dan aspirasi kerjaya.  Hal ini dapat membantu mereka untuk mencari dan mengetahui pekerjaan yang paling sesuai dengan mereka. Dalam pemilihan yang sesuai, penggunaan ujian dan inventori yang berkaitan dengan trait diri individu akan dikenal pasti dan dipilih dengan kerjaya yang paling sesuai.  

cc3.jpg

Oleh itu, sekiranya anda tidak mempunyai  satu  matlamat atau tidak mengetahui apa kerjaya yang sesuai dengan kekuatan anda, anda boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling supaya  mengetahui dan mendapati kekuatan dan personaliti serta kerjaya yang sesuai dengan diri sendiri.

Sila Hubungi Untuk Dapatkan Maklumat Selanjutnya:

image.png


012-3456-7890

image.png
image.png
Screenshot (59).png

Kepentingan Kaunseling Kerjaya

1)Menjadi produk bagi pembangunan negara

Kaunseling kerjaya memainkan peranan yang penting dalam aspek pembangunan negara. Hal ini kerana kaunseling kerjaya membantu individu memahami potensi mereka, minat, dan bakat mereka. Ini dapat membantu mereka membuat pilihan pendidikan dan kerjaya yang lebih tepat, yang pada gilirannya membantu membangunkan tenaga kerja yang berkualiti dan berkemahiran tinggi. Tenaga kerja berkualiti adalah kunci kepada pembangunan ekonomi negara. Tambahan pula, Mereka cjuga akan lebih bersemangat dan berdedikasi dalam pekerjaan mereka. Ini membantu meningkatkan produktiviti dalam pelbagai sektor ekonomi, yang menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

360_F_251893179_kzVozrsAtvIDHGGwkbesNYG1wcEhsDAT.jpg

2)Membentuk modal insan yang cemerlang 

Modal insan adalah aset terpenting dalam pembangunan negara. Kaunseling kerjaya dapat membantu membangunkan modal insan negara dengan menyediakan individu dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dengan pasaran pekerjaan semasa dan masa hadapan. Secara tidak langsungnya, produktiviti negara juga dapat ditingkatkan kerana individu memilih kerjaya yang sesuai dengan minat dan bakat mereka. 

Screenshot (60).png

3)Individu mendapati sumber rezeki yang stabil. 

Kaunseling kerjaya membantu individu merancang langkah-langkah kerjaya mereka dengan lebih baik. Ia membantu mereka mengenal pasti matlamat dan impian mereka dalam kerjaya serta mengatur strategi untuk mencapainya.Dengan memahami kemahiran dan sijil yang diperlukan untuk pekerjaan, mereka akan dapat ganjaran yang lebih tinggi, individu dapat berusaha untuk meningkatkan pendapatan mereka dengan mengambil tindakan yang sesuai.

INFO TAMBAHAN

Nombor Telefon
012-3456-7890

Email
g-ipgP21180301@moe-dl.edu.my

Isikan   Form   Untuk   Memberi   Pandangan  Anda

Semoga   Website ini dapat membantu anda!

bottom of page